fbpx

“Kantoi Kali Kedua Punca Ditumbuk” – Shuhada

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai Nurul Shuhada Mat Shukri yang ditumbuk oleh suaminya, pelakon Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kecederaan.

Menerusi komen balas di Instagram, Shuhada mendedahkan kantoi kali kedua masih berhubung dengan orang ketiga dikatakan menjadi punca dia ditumbuk oleh suaminya.

BACA: “Jahit Ini Lagi Sakit Dari Jahit Beranak” – Shuhada

Menurut Shuhada, sebelum lafaz cerai suaminya masih berhubung dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Athira Yuhada yang sebelum ini memohon maaf serta berjanji tidak akan berhubung dengan Hafidz lagi.

“Sebab dia kantoi untuk kali kedeua dengan Shu walau sebelum dia lafaz cerai pun, pihak sana buat permohonan maaf takkan berhubung segala mak nenek tapi diorang masih berhubungan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shuhada berkata tiada provokasi sebaliknya Hafidz takut dengan bayang-bayang sendiri serta bimbang jika kekasih hatinya dikecam lagi oleh netizen.

“Hafidz takut dengan bayang-bayang dan kesalahan dia sendiri, tiada provokasi, hanya ketakutan dalam diri bakal kena viral sebab kekasih hati takut kena kecam lagi,” katanya lagi.

Menerusi temu bual bersama Melodi yang disiarkan tengah hari tadi, Shuhada menyifatkan kesakitan pada bahagian wajahnya lebih perit berbanding jahitan bersalin.

Shuhada berkata sudah cukup ndia bersangka baik terhadap Hafidz dan nekad untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak serta tidak mahu lagi toleh ke belakang.