“Jahit Ini Lagi Sakit Dari Jahit Beranak” – Shuhada
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai Nurul Shuhada Mat Shukri yang ditumbuk oleh suaminya, pelakon Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kecederaan.
Menerusi temu bual bersama Melodi yang disiarkan tengah hari tadi, Shuhada menyifatkan kesakitan pada bahagian wajahnya lebih perit berbanding jahitan bersalin.
BACA: “Saya Ditumbuk, Dikhianati…Adik Dia Sendiri Bersubahat” – Shuhada
Apabila ditanya sama ada suaminya membantu atau memohon maaf seleaps kejadian itu, Shuhada sukar untuk menjawab.
“Hadiah hari jadi (penumbuk) saya ke-29, dapat lebih daripada 10 jahitan. Jahit ni lagi sakit dari jahit beranak, sakit sangat-sangat. Nasib tak kena kat mata, tak pasal buta sebelah lagi la susah kan.
“Tak boleh nak describe macam mana. Susah nak cakap. Kita tak tahu keikhlasan orang. Dah minta maaf ke? Hanya Allah yang tahu,” katanya.
Sementara itu, Shuhada berkata sudah cukup ndia bersangka baik terhadap Hafidz dan nekad untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak serta tidak mahu lagi toleh ke belakang.
“Rasanya dia lagi tahu. Sbu tak boleh nak komen sangat, benda dah lepas. Shu harap perkara ini akan iktibar untuk semua. Kalau pun pernah terjadi, serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan. Kita tahu kita di tangan yang betul,” katanya.
Dalam pada itu, Shuhada menafikan dakwaan netizen dia membuat provokasi sehingga suaminya bertindak sedemikian. Katanya lagi, meskipun rumah tangganya bergolak namun dia bercakap baik-baik dengan Hafidz.
“Dah tujuh tahun kahwin dengan Hafidz, dah tahu perangai dia macam mana. Macam mana nak handle. Dari pengalaman yang lepas.. kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi, memang saya bodohlah untuk dapat luka macam ni.
“Pihak luar sana, korang tak kenal Shu macam mana. Shu dan Hafidz still bercakap dengan baik. Dengan pihak ketiga pun, saya takkan jatuhkan maruah pergi tarik-tarik rambut,” katanya.
Kata Shuhada lagi, jika suaminya ditakdirkan berkahwin dengan orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tangga mereka iaitu Athira Yuhada, dia mendoakan agar merkea bahagia.
“Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu. Hidup la dengan bahagia, tenang, dirahmati Allah SWT. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah,” katanya
- SUMBER
- YouTube Melodi
Sudah2 lah 15 mins of fame tu. Kan ni dah jadi kes polis, biarlah polis menjalankan tugas.
muka tanpa makeup tu..sesungguhnya jodoh tu rahsia Allah.
Nasib baik ada penyondol ! , kalau x ..kesudah biarkan diri kau jadik punch bag dari awal kawin seksa mental..sbb sygkan laki sgt kan..sian anak anak juga..dibiarkan dpt bapa mcm tu.
Ada hikmah penyondol hadir dlm perkahwinan kau sbnrnya.
Tu la. Sudah2lah shu. You bukan artis, Tak payah layan wartawan cari cerita. You pun tak stress, orang pun tak terbuka kepada fitnah.
Tu la. Sudah2lah shu. You bukan artis, Tak payah layan wartawan cari cerita. You pun tak stress, orang pun tak terbuka kepada fitnah.
Kesian dia ni. Nnti mesti setiap Kali tengok cermin nmpk parut kesan jahit tu, mesti teringat peristiwa kena tumbuk dgn bks laki. Dah berpuluh tahun pun nnti, tiap Kali tgk cermin nmpk ksn jahit tu, mesti ingt kisah di balik parut ksn jahit tu. Anak2 pulak nnti Tanya, ” mama, kenapa Mula mama ada ni? (Sambil tunjuk dkt kesan tu) mesti akn teringat ingat kisah lama. Susah oooo nak move on.
Itulah masalah artis ni, isu rumahtangga berpanjangan, hrp tak berlarutanlah..apa2 pun doa yg terbaik utk akak, satu lagi, jgn duk layan sgt wartawan..
Haritu doa penyondol yg buruk buruk dalam media sosial. Bila masuk tv wartawan interview doa penyondol yg baik baik pulak.. pompuan ni sesuatu ni. Bukan boleh Caya sgt….
Sampai ada parut macam tu si jantan tu pukul bekas isteri dia..? dekat muka pulak. Ya Allah.. HR ni memang dah mereng sangat dah ni.. Pergi lah jumpa doktor sakit jiwa kalau betul kau ada masalah mental macam scandal kau ckp tu wahai HR!! dah2 lah jadi lelaki dayus!