fbpx

Kini sedang sarat hamil anak kembar, isteri kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar iaitu Datin Dr. Halina ditahan di wad untuk dipantau secara rapi berikutan bacaan tekanan darah dan gulanya yang tidak stabil.

Usia kandungan kini sudah mencecah 34 minggu dan hamil anak kembar buat kali kedua, Dr Muszaphar memberitahu disebabkan keadaan tersebut mengakibatkan badan isterinya mengalami pembengkakan.

BACA: Siti Nurhaliza, Dr Sheikh Muszaphar Individu Paling Dikagumi Di Malaysia

“Kandungan Dr. Halina kini sudah berada pada 34 minggu, Alhamdulillah. Malangnya, dia terpaksa dimasukkan ke wad hari ini untuk pemantauan rapi berikutan bacaan tekanan darah dan paras gula tinggi yang mengakibatkan dirinya mengalami pembengkakan.

“Mengandung anak kembar, horman tidak akan stabil dan perlu dikawal,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Muszaphar turut memuat naik video pendek beliau dan isterinya sedang menjalani prosedur saringan COVID-19 yang telah menjadi syarat wajib sebelum dimasukkan ke wad.

Angkasawan pertama negara itu turut memohon orang ramia mendoakan agar urusan dia dan isteri dipermudahkan hendaknya.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.