fbpx

Dikritik Seksi Kalah Artis Luar, Dolla Kunci Mulut

Tampil seksi ketika membuat persembahan dalam acara Good Vibes Weekender baru-baru ini, kumpulan Dolla mengambil pendekatan mendiamkan diri susulan kecaman diterima.

Memetik Kosmo, anggota Dolla iaitu Sabronzo berkata mereka menghormati keputusan syarikat pengurusan yang mahu mengeluarkan kenyataan secara rasmi.

BACA: Sabronzo Dolla Dikecam Buat Aksi Twerk

“Saya tidak boleh berikan sebarang respons setakat ini. Pihak pengurusan tidak akan membenarkan kami memberi komen tentang isu tersebut sebab mereka yang akan beri kenyataan.

“Saya perlu hormat keputusan pihak pengurusan. Kami hanya artis dan pihak pengurusan yang membuat semua keputusan. Jadi, tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi itu saja,” katanya.

Terdahulu, imej seksi kumpulan itu dikecam netizen sehingga ada yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL.

Selain, Sabronzo, Dolla yang terkenal menerusi lagu Dolla Make You Wanna turut dianggotai Angel, Tabby dan Syasya