fbpx

Kemelut antara Siti Nordiana bersama dua penyanyi iaitu Lan Solo dan Syura Badron bersama tiga lagi individu masih berterusan apabila mereka dituntut membuat permohonan maaf serta membayar sebanyak RM200,000 setiap seorang.

Tampil mengulas mengenai konflik tersebut, isteri Lan Solo iaitu Sheila Hassim meluahkan rasa terkilan apabila kata-katanya bersama tiga rakan yang lain termasuk suaminya dimanipulasi.

BACA: “RM200,000 Tu Bukan Saman, Harap Semua Faham”

“Lama juga saya berdiam diri. Saya biarkan semua kecaman, caci maki terhadap kami. Walau masih ada yang waras berfikir mereka juga dikecam!

“Saya sudah jangka luahan kami dimanipulasi. Kalau bukan kerana adanya provokasi yang dimulakan pasti semua ini tak terjadi. Tapi dah jadi dah pun.

“Saya manusia biasa dan punya perasaan bila asyik di ask soalan provok. Setahun lebih kami mencari dan minta penjelasan kenapa kami diperlakukan begini, senyap, sunyi, sepi,” katanya.

Menjelaskan mengenai bayaran yang dituntut kata Sheila Nana hanya menyatakan menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam tetapi tidak menjelaskan ianya berserta wang RM200,000 yang perlu dibayar oleh mereka.

“Kami sedia beri kerjasama kalau la nilai RM1 juta itu adalah bayaran sebuah persahabatan,” katanya.

Terdahulu, Siti Nordiana terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap kedua penyanyi serta tiga lagi individu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka dibuat seperti yang dituntut.