“RM200,000 Tu Bukan Saman, Harap Semua Faham”
Kemelut antara Siti Nordiana dengan penyanyi Lan Solo dan Syura Badron berterusan apabila kedua mereka dan tiga lagi individu dituntut membayar RM200,000 setiap seorang serta membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.
Bagaimanapun, penyanyi Syura Badron tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai terhadap bayaran yang dituntut oleh Siti Nordiana.
BACA: Siti Nordiana Tuntut Lan Solo, Syura & Tiga Individu Bayar RM200,000 Setiap Seorang
Menurutnya, bayaran RM200,000 yang diminta oleh Siti Nordiana itu bukan bayaran saman yang perlu dilunaskan sebaliknya jika tiada bayaran dan permohonan maaf barulah saman akan diteruskan.
“Nampaknya masih ramai yang tak faham. Pembayaran RM200,000 setiap seorang itu bukan saman sebab kami tak mohon maaf.
“Selain dari minta maaf, pembayaran RM200,000 itu salah satu tuntutan yang perlu dibuat dalam tempoh 24 jam.
“Sekiranya kami tidak membuat permohonan maaf berserta bayaran RM200,000 barulah tindakan saman akan diteruskan. Harap faham ye semua,” katanya.
Terdahulu, Siti Nordiana terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap kedua penyanyi tersebut serta tiga lagi individu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka dibuat seperti yang dituntut.
- SUMBER
- Harian Metro
Tak. Tak faham. Tak nak faham pun. Tak kuasa nak buang masa faham. Sebab ni semua sampah. Semua orang ada isu lagi besar dari faham this junk
Yg paling bengap dan mempunyai masalah nak faham sesuatu isu adalah orang yg dh diberitahu bahawa org tak nak dia, tapi dia masih disitu meminta orang2 yg x nak dia tu, terus membayar dia utk dia kekal di situ
loser miss Jan ne… pergi mampos acah2 hot lah ko!!!
yang tak fahamnya, kenapa ko bukak cerita org live???
macam saman malu ke ?
X kisah la name nya saman ker ..duit pampasan ker..duit tuntut mohon maaf ker
Rm200k tu..adan uker!
Soalan. Siti Nordiana sebenarnya cakap ke tak benda tu? Bawa mulut ke tak pada produksi? Dia patut jawab juga benda tu.
Kalau saman bermaksud dia tak buat ke?
Aku ni tak tahu sangat pasal artis2 ni tp persoalan besar ialah secara purata brp pendapatan artis mesia dlm kategori B dan C. Kalu nak saman RM200k ada ke dorang duit nak bayar? Kalau defendant tak upaya bayar apa yg plaintiff dapat? Lainlah kalau artis mesia mcm artis barat atau artis bollywood.
so nk kata nana tu mintak duit dr korg dan suh korg mntk maaf?
aku ni baca gitu2 je.. tp seigt aku nana ckp, dlm tempoh 48jam xde permohonan maaf dr korg, dia akan teruskan dgn peguam
lps peguam tu baru isu 200k ni kuar
kang ko twist mcm ni, elok2 200k, jd 400k plak sbb nk nampakkan dia gila duit
Moral of story jgn bercakap psl org.
ADDIN
Ghibah, fitnah bawa keburukan
Oleh Hilmi Isa
A view of the sea
GAMBAR hiasan.
Salah satu tabiat masyarakat kita adalah suka bercerita keburukan orang lain. Itu adalah perbuatan ‘ghibah’ atau mengumpat.
Ia menjadi tabiat yang menyeronokkan kerana sesi mengumpat biasanya dilapik dengan ayat seperti, “Aku bukannya hendak cerita buruk orang.”
Untuk menampakkan perbuatan mengumpat satu perbuatan yang baik, ia dialas dengan ayat, “Aku cerita benda yang betulkan?”
Bercerita perkara yang betul itulah dikategorikan sebagai mengumpat. Sebaliknya, jika bercerita perkara yang tidak betul atau palsu, ia dikategorikan sebagai fitnah.
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu tahu apa itu ghibah?”
Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berkata: “Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya.”
Dikatakan: “Beritahu kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan? Baginda berkata: “Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Darimi, Ahmad dan Ibn Hibban)
Tp sesuatuu jugak ct nordiana ni.tkkn dorg sengaja reka.cuma silap pegi membawang niat nak aib and jatuhkan kwn tu plak in public.tu mmg salahla.tkkn korang tak pk dulu.haishh.klu tak suka jauhkan diri jela.tkyah kawan.kan senang dr korang membalas buka aib org