Setelah lama mendirikan rumah tangga, pasti ramai menyedari pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin masih belum dikurniakan cahaya mata. Usia perkahwinan sudah memasuki 5 tahun, akhirnya Izzue dan isteri merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun ini.

Izzue memberitahu, dia dan isteri akan berjumpa dengan doktor dan melakukan pemeriksaan sebagai persediaan sebelum mendapatkan anak. Kata Izzue lagi, dia berharap segala urusan untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan.


BACA: Tidak Ada Persefahaman Punca Izzue Islam Keluar Forteen

“Insya-Allah, saya dan isteri merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun ini. Kami akan berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan, ia adalah salah satu dari langkah persediaan kami.

“Saya berharap agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya,” katanya seperti dipetik dari Astro Gempak.



Apa pun, semoga pasangan ini akan beroleh cahaya mata malah peminat pun sentiasa doakan yang terbaik buat mereka.