fbpx

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila Ali Puteh mendakwa jumpa taburan garam kasar, kulit limau dan bangkai mengkarung di luar rumahnya selepas kakak iparnya, Siti Norhidayah pulang dari rumah arwah abangnya.

Malah, Ali berkata dia tidak diberitahu mengenai kedatangan Hidayah ke rumah itu serta mengatakan ketika itu dia tiada  dirumah kerana keluar bekerja.

BACA: “Kalau Benda Betul, Kenapa Perlu Delete Video Balik?” – Hidayah

Bagaimanapun, terbaru, adik Hidayah iaitu Mohd Zainuddin mendedahkan komen jiran arwah Abam yang memaklumkan ada orang yang berada di dalam rumah berkenaan ketika itu.

Dakwa individu itu lagi, dia tidak melihat Hidayah menabur barang dipercayai perbuatan syirik di rumah tersebut yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, akaun kedua-dua individu itu tidak dapat ditemui selepas mengeluarkan kenyataan tersebut dan tidak dapat dipastikan kesahihan perkara itu.

Terdahulu, Ali dilihat ada memuat naik satu perkongsian meluahkan rasa kecewa apabila pendedahannya itu menjadi bahan sindiran dan jenaka netizen.

Kata Ali lagi, mungkin ada yang menjadikan ianya bahan lawak kerana perkara tersebut tidak berlaku pada diri mereka lagi.