fbpx

“Kalau Benda Betul, Kenapa Perlu Delete Video Balik?” – Hidayah

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila Ali Puteh mendakwa jumpa taburan garam kasar, kulit limau dan bangkai mengkarung di luar rumah selepas kakak iparnya, Siti Norhidayah pulang dari rumah arwah abangnya.

Malah, Ali turut bertanyakan motif amalan khurafat itu dibuat serta mengatakan andai dia mati disebabkan benda tersebut, dia reda.

BACA: “Bergelak Ketawalah, Ada Yang Mengejek Sebagai Jenaka” – Ali Puteh

Bagaimanapun, video dimuat naik oleh Ali Puteh itu mengenai dakwaan berkenaan dipadam selepas beberapa minit ianya dikongsikan di Instagram. Namun, netizen pantas menyimpan video tersebut serta memuat naik di media sosial dan kini tular.

Sementaran itu, menerusi ruangan komen di Instagram, Hidayah dilihat ada membalas komen netizen mempersoalkan kenapa perlu memadam video tersebut jika dakwaan tersebut benar.

Pagi tadi, Ali meluahkan rasa kecewa apabila pendedahannya itu menjadi bahan sindiran dan jenaka netizen.

Kata Ali lagi, mungkin ada yang menjadikan ianya bahan lawak kerana perkara tersebut tidak berlaku pada diri mereka lagi.