fbpx

“Kami Nak Berbaik Demi Anak-Anak” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah berkata dia dan suaminya, Syamsul Yusof sepakat akan mengakhiri masalah rumah tangga secara baik.

Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata dia juga tidak mahu bergaduh dan mereka akan berbaik demi dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

BACA: Puteri Sarah Terbitkan Buku, Tak Jaja Kisah Peribadi

“Kami nak jadi kawan baik saja. Insya-Allah takkan ada ‘plot twist’ lagi. Kami memang capai kata sepakat hendak akhiri kemelut ini secara baik. Saya sendiri tidak menyangka ada ‘plot twist’ dalam kehidupan saya apabila Syamsul hendak berbaik baru-baru ini.

“Kalau boleh hendak kekal begitu kerana kita tidak mahu bergaduh. Kami sudah membuat keputusan hendak berbaik demi anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah turut berkongsikan mengenai buku yang diterbitkannya itu bakal mendedahkan kisah peribadinya yang belum dikongsikan kepada umum.

“Saya ada maklumkan kepada Syamsul mengenai pelancaran buku ini, tetapi saya beritahu dia ia bukan mengenai kehidupan kami sebaliknya perjalanan hidup saya. Ada juga diselitkan mengenai Syamsul, namun semua yang baik-baik saja.

“Ini mungkin satu kelebihan yang Allah berikan kepada saya yang mana mendapat keluarga dan mentua yang sangat baik. Saya gembira kerana biarpun Allah ambil satu bahagian tetapi Dia beri yang lain pula sebagai ganti. 

“Jadi, saya tidak terlalu sedih dengan apa yang terjadi kerana Allah menggantikan dengan sesuatu yang berharga,” katanya.