fbpx

Sudah kali ketiga terpalit isu curang dalam rumah tangga selepas tular fotonya tidak berbaju bersama seorang gadis remaja berusia 17, Aliff Aziz mengambil langkah mendiamkan diri berhubung kontroversi tersebut.

Susulan kontroversi itu, Aliff Aziz dikecam teruk sehingga terpaksa menutup ruangan komen akaun Instagram miliknya. Bagaimanapun, bapa Aliff Aziz, memberitahu perkara sebegini sudah biasa berlaku.

BACA: Aliff Aziz Sibuk Promosi Produk, Bella Urus Anak Sakit Sendirian

Katanya, mereka sekeluarga menerima dengan tenang kontroversi yang melanda anaknya itu, netizen sahaja yang melebih-lebih. Ujarnya lagi, dia dan isteri masih belum bertemu dengan Aliff, namun mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.

“Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja cuma warganet sahaja yang lebih-lebih, kami tak ada apa-apa pun. Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa,” katanya kepada Utusan Online.

Menurutnya lagi, dia jarang mencampuri urusan peribadi Aliff dan biasanya isterinya yang akan menjawab segala persoalan daripada media. Dalam pada itu, dia mengakui isterinya sedikit tertekan dengan kontroversi tersebut.

“Hari ini Ibu Aliff tak jawab panggilan sesiapa, dia stres di rumah. Apa pun yang berlaku selepas ini, saya harap yang terbaik untuk Aliff. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga,” katanya lagi.

Isnin lalu, tersebar sekeping foto Aliff Aziz tidak berbaju bersama seorang gadis berusia 17 tahun dikenali sebagai Nismell. Gadis itu mengakui ada mengambil gambar bersama Aliff Aziz dalam sebuah private party namun menafikan berlaku hubungan luar batas antara mereka.

Dalam pada itu, Bella menerusi Instagramnya semalam memberitahu dia membuat keputusan untuk meneruskan hidup bersama anaknya tanpa Aliff Aziz.