fbpx

Aliff Aziz Sibuk Promosi Produk, Bella Urus Anak Sakit Sendirian

Sudah kali ketiga terpalit isu curang dalam rumah tangga selepas tular fotonya bersama seorang gadis berpakaian seksi, Aliff Aziz nampaknya mengambil langkah berdiam diri berhubung isu berkenaan.

Susulan kontroversi terpalit dirinya, ruangan komen akaun Instagram miliknya kembali ditutup selepas tidak sampai seminggu dibuka. Namun, sejak semalam, Aliff dilihat sibuk mempromosikan produk di akaun media sosialnya itu seperti tiada apa yang berlaku.

BACA: Individu Dedah Gambar Terbaru Aliff Aziz & Skandal Tidur Bersama

Berbeza dengan isterinya, Bella Astillah dilihat sibuk membawa anak mereka Mohamad Ayden Adrean, yang sedang sakit ke klinik bagi mendapatkan rawatan tanpa kehadiran Aliff.

Semalam, tersebar sekeping foto Aliff Aziz tidak berbaju bersama seorang gadis berusia 17 tahun dikenali sebagai Nismell.

Gadis itu mengakui ada mengambil gambar bersama Aliff Aziz dalam sebuah private party namun menafikan berlaku hubungan luar batas antara mereka.

Dalam pada itu, Bella menerusi Instagramnya semalam memberitahu dia membuat keputusan untuk meneruskan hidup bersama anaknya tanpa Aliff Aziz.