Berada dalam satu industri yang sama, Vanidah Imran mengakui tidak kisah andai ditawarkan untuk bergandingan bersama Rashidi Ishak dalam filem. Jelasnya, tiada sebab untuk mereka bermasam muka biarpun sudah bercerai.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Selepas 17 Tahun, Rashidi Ishak & Vanidah Imran Bercerai
“Kami bukannya bergaduh, bukan perpisahan yang teruk dan ‘bitter’. Jadi tiada masalah untuk kami bekerjasama dalam satu filem. Sebenarnya tawaran lakonan filem ini diterima selepas perceraian kami”
“kenapa perlu bermasam muka? Tak kan lah mahu tolak tawaran hanya kerana tidak mahu berjumpa. Kami masing-masing ada periuk nasi yang perlu dijaga,” jelasnya mengenai tawaran berlakon selepas bercerai”
Mengambil keputusan untuk bercerai selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga, Vanidah menjelaskan penceraian yang berlaku telah dipersetujui oleh kedua belah pihak dan tiada sebarang pergaduhan tercetus.
Terdahulu Vanidah dan Rashidi telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Namun pada Ogos 2018, pasangan ini tampil mengesahkan sudah bercerai. (rtky/w)