fbpx

“Kami Bukan Sengaja Tak Turun Mengundi”

Teruk dikecam gara-gara tidak menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi, Hanis Zalikha mengakui beliau dan suami memang tidak mengundi. Jelasnya, tindakannya itu bukanlah sengaja, tetapi kerana terlalu sibuk dengan komitmen kerja.

BACA: Hanis Zalikha, Suami Tak Pergi Mengundi?

“Jujurnya memang kami berdua tidak keluar mengundi dan ianya bukannya disengajakan tetapi kerana tuntutan kerja membuatkan hasrat itu tidak dapat dilaksanakan kami berdua”

“Pada hari tersebut kami terlibat dengan penggambaran bersama Jakel untuk koleksi hari raya dan ia tidak boleh dipinda memandangkan jadual Hairul padat dengan penggambaran filem Paskal,” jelasnya.

Pasangan yang terkenal memuat naik apa saja aktiviti yang dilakukan, ramai mendakwa Hanis dan Hairul Azreen tidak keluar mengundi. Malah pasangan itu juga dikritik hebat kononnya berjiwa patriotik tetapi tidak keluar mengundi.

Nampaknya sangkaan peminat memang betul sekali. Menurut Hanis, sehingga kini beliau berasa terkilan kerana tidak keluar mengundi, apatah lagi dengan perubahan kerajaan kali ini. Mungkin lain kali Hanis harus lebih peka menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. (rtky/w)