fbpx

Hanis Zalikha, Suami Tak Pergi Mengundi?

Seringkali berkongsi tentang akitivi kekeluargaan mereka di Instagram, pasangan suami isteri Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen menjadi perhatian di laman sosial apabila ada yang mendakwa mereka tidak keluar mengundi.

BACA: Hanis Zalikha Lali Kecaman Orang Ramai

Berdasarkan siasatan penigikut setia di Instagram pasangan tersebut, mereka tidak dapat menyaksikan perkongsian pasangan tersebut pergi menunaikan kewajiban mengundi. Ini kerana, ramai yang menyatakan bahawa pasangan ini memang selalu berkongsi sebarang aktiviti di Instagram.

Malah Hairul turut menjadi kecaman lebih-lebih lagi sebelum ini dia dilihat bersungguh-sungguh mempromosikan filem lakonannya namun turut sama tidak berkongsi perjalanan mereka ke mana-mana pusat mengundi.

Ketika isu mengundi dan perjuangan masa hadapan Malaysia ini masih hangat, memang tidak dinafikan bahawa selebriti pastinya menjadi tumpuan. Malah sebenarnya ramai lagi barisan selebriti yang hilang sekejap di saat orang ramai ghairah berkongsikan gambar jari yang tercalit dakwat di laman sosial.

Apa pun, mungkin ada sebab Hanis dan suami tidak berkongsikan perkara tersebut atau tunggu saja lagi 5 tahun dan boleh siasat lagi sama ada mereka pergi mengundi atau tidak. (rtky/s)