fbpx

“Kami Akan Beritahu Tarikh Nikah Dalam Masa Terdekat”

Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) sudah pun berakhir Ahad lalu, bermakna selesai satu urusan penting. Itu bermakna, bermula episod baru buat penyanyi Ernie Zakri dan Syamel untuk bergelar suami isteri pula.

Timbul khabar angin kononnya mereka akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Namun, Ernie berkata, buat masa ini mereka tidak dapat membuat pengumuman rasmi kerana ada urusan penting perlu diselesaikan.

BACA: Ernie Zakri Mengaku Luah Perasaan Cinta Dulu Pada Syamel

“Kami harus menunggu beberapa urusan untuk diselesaikan dan kami akan beritahu dalam masa terdekat, InsyaAllah.

“Bukan niat untuk merahsiakan (tarikh pernikahan) tetapi lebih kepada nak selesaikan semua perkara terlebih dahulu, itu yang saya boleh katakan setakat ini,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu berkemungkinan akan disatukan pada hujung bulan ini serta mengambil keberkatan hari Jumaat yang jatuh pada 26 Mac 2021.

Terdahulu, Ernie berkata dia merancang untuk melangsungkan pernikahan sebaik sahaja AJL35 berakhir.

“Apa yang saya boleh katakan dan kongsi buat masa sekarang, sudah tentu majlis pernikahan saya dan Syamel akan diadakan selepas selesai AJL nanti. InsyaAllah… Kami akan langsungkan perkahwinan.

“Cumanya tarikh dan semua perancangan melibatkan perkahwinan kami akan diumumkan kelak,” tambahnya.