Penyanyi Ina Naim berkongsikan arwah suaminya Suhaimi Saad ada menyediakan peti ais serta kelengkapan lain di rumah namun baginya itu bukan satu keperluan.
Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Ina berkata mereka sekeluarga lebih memilih untuk membeli bahan mentah yang segar di pasar setiap hari.
BACA: Anak Ina Naim Minta Maaf, Minta Henti Kecam Ibu
“Sebenarnya macam ni tau, pasal peti ais tu sebenarnya kami memang daripada nikah tu memang kita orang tak nak peti ais. Tak penting pun. Cakap je, benda tu ada tapi tak function,”
“Peti ais ni sebab kami menetap di Kelantan. Kedai sayur semua tepi jalan sahaja. Semua segar, ikan pun segar. Dan kami ini jenis makan, pagi masak lain, nanti malam kami makan di luar.
“Kadang-kadang memang selera kita, bukan waktu ni, tengah hari makan asam -pedas sampai ke malam. Nanti malam akan ada arwah kata Jom kita makan, contoh sahaja kalau kita makan mamak,” katanya.
Sementara itu, anak sulung pasangan tersebut iaitu Ehmad Hadie Elfardie berkata jika mereka sekeluarga mahu makan sesuatu menu, mereka akan membeli bahan segar dan tidak perlu menyimpan di peti ais.
“Contoh hari ni kita nak makan tomyam, kita beli je bahan-bahan, kita masak. Tak payah simpan,” katanya.
Kongsi Ina lagi, meskipun mereka mempunyai segala peralatan tersebut namun ianya tidak digunakan sebaliknya mereka menghantar pakaian ke dobi. Malah, mesin basuh yang dimiliki oleh mereka arwah suaminya memberikan kepada jiran.
“Kebetulan jiran kami rosak mesin basuhnya. Arwah suami kemudian berkata, ‘Adi sini, pergi bersihkan mesin basuh tu bagi.’ Tu yang dia bagi dekat depan rumah tu. Abang Hadie angkut, eh? Angkut tu,” katanya.
Sumber: Mingguan Wanita