Teka-teki perkahwinan pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli akhirnya terjawab apabila mereka mengesahkan sudah pun selamat disatukan dalam satu majlis tertutup pada 5 November lalu.

Dalam majlis bertemakan taman itu, Kamal menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Uqasha menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

BACA:  Uqasha Senrose, Kamal Adli Nikah Sabtu Ini?

Difahamkan, majlis bahagia pasangan itu dihadiri hampir 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Pasangan mengenakan persalinan rekaan Shanell Harun untuk majlis akad nikah dan tampil dengan busana tradisional kain songket berona biru hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha mengikat tali pertunangan pada 4 April lalu sebelum merancang bagi mengadakan tiga majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal.