fbpx

Kamal Adli Enggan Jalani Sesi Fotografi Dengan Emma Maembong

Selepas gosip di antara mereka hangat diperkatakan, Kamal Adli menyatakan bahawa dia menolak untuk menjalani sesi fotografi akhbar ataupun majalah bersama Emma Maembong bagi mengelakkan hubungan mereka terus disalahtafsirkan oleh semua pihak.

BACA: Emma Maembong, Kamal Adli Tidak Mahu Letak Harapan Dalam Hubungan

“Ada yang minta untuk menggandingkan kami dalam sesi fotografi tetapi rasanya lebih baik kami tidak berbuat demikian. Ini kerana nanti akan timbul pelbagai cerita kurang enak seperti mana berlaku sebelum ini,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, Kamal turut mengakui bahawa Emma merupakan rakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini dan dia selesa bersahabat dengannya.

“Kami masing-masing ada pengalaman pahit dalam percintaan sebelum ini dan lebih baik kami bersahabat sahaja buat masa sekarang. Tidak ada apa yang ingin kami sorokkan pun dan meletakkan soal jodoh kepada ketentuan Allah,” jelasnya. (rtky/s)