fbpx

Emma Maembong, Kamal Adli Tidak Mahu Letak Harapan Dalam Hubungan

Setelah tersebar gambar mesra di antara pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli baru-baru ini, akhirnya mereka berdua telah mengaku selesa dan berkawan rapat.

“Emma selesa berkawan dengan dia dan antara ramai orang memang Emma rapat dengan dia. Buat masa sekarang dalam sesebuah hubungan itu kita kenal orang itu terlebih dahulu. Tapi Emma tak nak cakap banyak-banyak atau tengah dengan dia (Kamal) ke apa sebab karang kalau tak jadi orang akan cakap apa pula. Jadi biarlah masa menentukan,” ujar Emma.

Emma Maembong dan Kamal Adli ditemui media di majlis perasmian Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s kelmarin.

Begitu juga dengan Kamal Adli yang memberitahu masih dalam proses mengenali. Tujuannya datang ke majlis ini ialah untuk memberikan sokongan kepada Emma sebagai rakan kerja.

“Dalam proses mengenali, datang ke majlis ini ialah untuk memberikan sokongan kepada Emma sebagai satu team produksi. Rakan-rakan artis yang lain juga turut memberikan sokongan kepadanya dan Kamal mengaku antara orang yang paling rapat sekarang ini ialah Emma”

BACA: Kamal Adli Selesa Berkawan Dengan Emma Maembong, Tidak Bercinta

“Baru lagi mengenali, kami banyak kongsi masalah dan situasi yang sama. Kamal faham apa isu dia dan begitu juga dengannya. Jadi banyak perkara dibincangkan bersama, mungkin itu yang membuatkan kami rapat,” tambah Kamal Adli pula.

Bagaimanapun, Emma dan Kamal masing-masing tidak mahu untuk meletakkan apa-apa harapan mengenai hubungan mereka buat masa sekarang ini dan sekadar teman rapat sahaja.

“Emma tak nak letak harapan tinggi ke apa. Bagi Emma kita selesa berkawan sebab kepala dia (Kamal) gila-gila dan kalau bosan kami akan bermain games,” katanya.

Manakala Kamal turut berkata bahawa hubungan ini masih terlalu awal untuk ditafsirkan dan hanya berserah pada Tuhan untuk apa yang akan berlaku di masa hadapan.

‘Kamal tak berani nak cakap apa-apa. Hubungan masih baru lagi dan tak mahu untuk bercakap kita dah sedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya atau apa cuma berserah. Sebelum ini pun saya sudah lalui benda yang betul-betul sakit pada tahun lepas, dan begitu juga dengan dia (Emma) kami banyak berkongsi masalah yang lebih kurang sama,” jelasnya lagi. (rtky/h)