fbpx

“Kamal Adli Caring, Loving & Gila-Gila”

Baru sahaja melangsungkan majlis merisik yang diadakan di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini, Uqasha Senrose dan Kamal Adli dijangka bakal menamatkan zaman bujang pertengahan tahun ini.

Bakal menempuh fasa baharu dan bergelar isteri tidak lama lagi, Uqasha berkata apabila sudah bergelar isteri akan sendiri belajar dan pandai.

BACA: Uqasha Senrose, Kamal Adli Bakal Adakan Tiga Majlis Resepsi

“Bila pergi kursus kahwin semua akan diajar, kita buatlah ‘research’. Memasak saya selalu buat dan boleh belajar.

“Tak semestinya nak kahwin baru belajar memasak sebab saya pun masih ada ibu untuk mengajar saya memasak dan semua benda,” katanya.

Ditanya mengenai bakal suaminya, Uqasha menyifatkan Kamal seorang lelaki yang bertanggungjawab serta penyayang. Malah, Uqasha turut mengatakan Kamal seorang pelakon serba boleh.

“Dia lelaki bertanggungjawab, ‘caring’, ‘loving’, gila-gila dan pelakon serba-boleh,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu akan mengadakan tiga majlis berasingan untuk keluarga, rakan artis dan media serta peminat.