Uqasha Senrose, Kamal Adli Bakal Adakan Tiga Majlis Resepsi
Dijangka bakal bernikah pertengahan tahun ini, pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli mendedahkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi.
Masih merahsiakan tarikh pernikahan mereka, Kamal dan Uqasha hanya mendedahkan hari bahagia mereka itu nanti bakal diadaakn di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal.
BACA: Kamal Adli Buat Kejutan Lamar Uqasha Senrose Di Pentas AME2020
“Kami akan adakan tiga majlis iaitu satu untuk keluarga dan rakan-rakan rapat memandangkan lokasi yang kami pilih itu kehadiran tetamu adalah terhad kepada 350 orang sahaja.”
“Untuk majlis kedua, kami akan jemput rakan-rakan artis serta pihak media dan bagi acara ketiga, kami akan undang peminat untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami.”
“Setakat ini, Alhamdulillah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan dan kami mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua,” kata mereka.
Teruja menantikan hari bahagia mereka, Kamal berkata dia masih kini mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab bergelar seorang suami.
“Saya teruja dan dalam masa yang sama saya kena belajar (tanggungjawab seorang suami). Uqasha ada dream wedding dia sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan semua pilihan yang dia buat,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Ni dah dapat Surat syarikat lum? atau boleh apply Surat kat chhatime utk lawatan buka cwgan utk rentas negeri ..
So lps ni rkyt marhaen kalo korg nk pegi honeymoon ke nk melancong ke luar negeri ke ko apply le ckp nk meniaga ke, urusan kerja ke lps tu bila dh lulus korg pegi laa ke mana pun!
Alhamdullilah…heroine yg cantik2 semua dah kawin…cantik Uqasha ni, akhirnya Kamal naik pelamin
Semua dh masuk level ke 4 series mmg elok laa kwin. Xkan sampai dah menopause baru nk nikah?!
Rentas negeri pun belum bole dah pikir nak wat majlis luar kl…apo.mondo aih.jang…berangan nak wat majlis smpai 3 majlis plakkk lg.adoi…covid pun belum 0 kes…lpas tu nnt sedara mara dr kl dok g merentas negeri Alasan nak g majlis ko…aih artis2 Dan kebodohan xdpt dipisahkan..huhu
mana company yg boleh diguna untuk honeymoon ya.
nak apply untuk rentas negeri musim covid 19 ini. bukan retis2 dan org kayangan je yg boleh.
patutlah retis nak suntikan covid 19 supaya senang rentas negeri.
kami rentas daerah pun polis halau suruh u turn.
mesti pandai bohong lebih2 lagi yg alim2 dan dari golongan kayangan mesti di percaya buta2
Pung pang2..x kawin2 jg…berkepit mcmlaki bini..apa nk tunggu lg..