fbpx

Kamal Adli Beri Hadiah Mewah RM12,000 Sempena Hari Jadi Uqasha Senrose

Bertuahnya Uqasha Senrose menerima hadiah istimewa daripada suaminya, pelakon Kamal Adli sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 minggu lalu.

Berkongsikan video di Instagram, Uqasha tidak menyangka menerima hadiah sepasang sandal Gucci Miami Rubber Platform dan beg tangan Gucci Bananya Print Small Tote itu dianggarkan mencecah RM12,000.

BACA: Uqasha Senrose Terharu Suami Sanggup Tunggu Sampai 1 Pagi Buat Kejutan Hari Jadi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Menerusi video itu, Uqasha berkata suaminya bukan seorang pemboros serta sering menasihatinya supaya jimat berbelanja.

“Ini (hadiah) sangat comel. Kamal Adli, ini bukan awak…awak tidak akan berbelanja seperti ini. Awak suruh saya berjimat cermat, tapi awak beli juga untuk isteri awak yang tersayang ini,” katanya.

Dapat dilihat, Uqasha pada awalnya Uqasha terkejut namun bagaimanapun dia teruja menerima dua hadiah tersebut. Dalam pada itu, Uqasha berkata dia tidak sangka menerima kejutan majlis sambutan hari jadi daripada suaminya.

“Sepanjang mengenali suami dia bukan seperti itu. Maksud Uqasha, dia bukan seorang yang inign buat hiasan majlis, kumpulkan semua ahli keluarga, membuat makan-makan dan membuat persembahan.

“Paling mengejutkan dia sanggup sediakan kek tempahan khas yang kebiasaannya dia akan membeli kek biasa saja. Saya tak sangka suami buat semua ini,” katanya.

Hasil tinjauan di laman web Gucci, harga sepasang sandal dijual pada harga RM2,109 manakala beg tangan berharga RM9,739.