fbpx

Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa terharu apabila suaminya, Kamal Adli serta keluarganya sanggup menunggu sehingga lewat pagi untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-30.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Uqasha berkata dia tidak menyangka akan ada sambutan hari jadinya kerana dia sibuk menjalani penggambaran sehingga lewat pagi.

BACA: Netizen Asyik Kutuk Saiz Badan, Uqasha Senrose Mengadu Pada Suami

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

“Masyallah terharu yang tak terhingga, Uqasha shooting semalam habis almost 1 am , so tak expect langsung akan ada celebrate birthday Uqasha, tapi suami saya dan family both side since 6 pagi ada yang 6 petang nak setup untuk birthday Uqasha,” tulisnya.

Lebih manis, Uqasha berkata suaminya memilih lokasi mereka disatukan sebagai suami isteri untuk mengadakan majlis ulang tahun kelahirannya.

“Uqasha happy yang teramat sangat sebab suami celebrate birthday dekat tempat kami disatukan jadi suami isteri. Ya allah semua family friends tunggu dari 6 petang dan Uqasha sampai pkul 1.30 pagi. Rasa diri disayangi sangat.

“Saya terlalu cinta kan abang, and knowing Kamal Adli dia bukan yang person nak deco-deco custom cake siap ada tema, siap cari kain baju untuk Qasha tukar siap ada accessories lengkap Puteri Perak hehe cute la suami saya,” tulisnya.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal mengumumkan berita perkahwinan mereka yang berlangsung dalam sebuah majlis tertutup di Bentong, Pahang pada 5 November tahun lalu.