fbpx

Kamal Adli Akui Terima SMS Ugut Saman, Tetapi Bukan Daripada David Teo

Awal minggu ini, portal hiburan GUA menulis tentang khabar kurang senang yang mengaitkan campur tangan David Teo sehingga menyebabkan tayangan perdana filem Gerimis Mengundang terpaksa di’batalkan.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

David Teo di’dakwa menghantar kiriman SMS kepada Kamal Adli mewajibkan pelakon ini hadir ke tayangan bersama media untuk filem Aku Ada, Kau Ada? atau bakal menghadapi saman.

Kamal Adli yang di’hubungi hari ini mengakui yang beliau ada menerima SMS tersebut tetapi ia’nya tidak datang daripada David Teo sendiri seperti di’dakwa sebelum ini.

“Ya, saya ada terima SMS mengatakan yang mereka hendak saman saya kalau tidak hadir — tetapi bukan David Teo yang hendak saman. Dan, tidak ada apa’lah,” ujar Kamal Adli yang kini sedang berada di Jakarta.

Kamal Adli berkata SMS tersebut datang daripada salah seorang pegawai di pihak pengurusan MIG dan menganggap perkara ini sudah tidak ada apa apa untuk di’perbesarkan.

Tetapi, jika di’fikirkan kembali agak janggal dan pelik kalau pegawai tersebut dengan sengaja pandai pandai memberikan ugutan sebegitu rupa tanpa arahan dari pihak atasan. Hmm.