Kamal Adli Akui Sering Terlupa Tarikh Penting Punca Putus Cinta
Sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan beberapa selebriti namun hubungan yang dibina kecundang di tengah jalan, Kamal Adli mengakui banyak melakukan kesilapan sehingga menjadi punca percintaannya berakhir.
Kata Kamal lagi, sikap dirinya yang terlalu selesa dan mengambil mudah terhadap pasangan membuatkan hubungan cinta tidak mampu bertahan. Malah, dia akui sering terlupa tarikh-tarikh penting yang merupakan perkara besar bagi wanita.
BACA: “Ramai Mahukan Saya Bercinta Dengan Kamal Adli Tapi …”
“Saya tak nak menyalahkan mana-mana pihak, mungkin salah itu pada saya. Saya melalui hubungan yang panjang dengan setiap pasangan dan kira 12 tahun dalam hubungan percintaan.
“Bila hubungan terlalu panjang membuatkan saya terlalu selesa dan tidak meletakkan matlamat untuk berkahwin.
“Saya juga sering terlupa tarikh-tarikh penting yang biasanya diingati oleh pasangan yang baru bercinta. Perkara itu nampak remeh bagi lelaki tetapi besar bagi perempuan yang banyak memendam perasaan,” katanya kepada mStar Online.
Meskipun beberapa kali gagal dalam bercinta, namun dia tidak serik untuk mencari cinta dan berkeinginan untuk mendirikan rumah tangga memandangkan usianya sudah mencecah 33 tahun.
“Siapa tak nak bercinta? Siapa tak nak kahwin? Umur saya pun dah berapa. Tunggu, InsyaAllah. Kamal pun berkawan sahaja, tengoklah macam mana,” katanya.
Apa pun diharap Kamal Adli dapat bertemu cinta sejati dan semua yang berlaku mengajarnya untuk menjadi lebih matang.
- SUMBER
- mStar Online
Kebanyakan lelaki gay memang mcm tu..sbb mereka biasa bercinta sesama jenis..mereka tak kisah.tambah2 lelaki yg pernah jadi anak ikan datuk2 kaya atau lelaki2 bise*sual yg kaya2..kerana partner mereka yg akan selalu celebrate tarikh2 konon penting utk mereka..bila try dgn pompuan mereka dah terbiasa mcm tu..sbb tu cinta lelaki gay utk pompuan jarang berjaya.ada yg berjaya pon sbb pompuan tu sangap glamour mcm Bella yg gilakan Nazim dulu
Amboi bawang sgt sis. Ta baik tuduh kamal mcm tu.
Nk jadi somi kena ada committment. This big C byk jantan x mampu buat. Nothing much about besday and those trivial matters. Org perempuan snggup jd single daripada ada teman lelaki yg suruh tunggu tanpa ikatan. Gitchew
Apa susah Kamal, set je la reminder dalam phone.. aku pun asyik lupa besday laki ku 25 ka 27 hb.. selebihnya kalau dah hendak, seribu daya.. doa2 je lah, Allah dah susun molek dah hidup
Jika ada fb acc dia bg lu reminder terus.
Ala baru 33 ada pelakon yg dkt 40, Hans Isac tu dah nk masuk 50 rilek2 jek pun. Kalo kwin cpt2 nnt bercerai lbh baik enjoy puas2 dulu. Dah bosan enjoy jd playboy baru kawin…
Nonsense.aniversary kawin aku pun suami aku yg ingatkan aku.elok je.xde lak aku ..suami aku nak gado.bende ni base on korangla pakcik.bende remeh temeh ni xpayah nak merajuk bagaila.waste time.
Kawin ngn aku jela kamil adli oi. Tapi kalo ko lupabtarikh tarikh penting, aku pelangkung kau dgn pinggan mangkuk je kekdahnye.hahahHaa. apa la bro. Lu mana boleh lupa tarikh keramat. Perempuan boleh merajuk 365 hari taw
Fizo pun dah cerai korg kawin jek laa. Sapa lg yer hero2 remaja zaman tu?? Asyraf Sinclair ke??
hmm.girls kalau dah suka/sayang laki tu tak kisah pun benda remeh temeh..tarikh ni semua..so childish..i think (my opinion only)..Kamal ni type yang suke please perempuan..effort yg over2..yg not being himself..maybe la..maybe kurang matured or macho? pompuan maybe cepat boring..personality dia may not be as handsome as his looks..sbb hakak pernah kaple dgn org hensem dulu..tp boringnyee lahai..last2 org muka ala kadar jugak hakak kawin dek..hehhe..