fbpx

“Kali Ini Saya Rasai Erti Perkahwinan Yang Sebenar”

Bakal melayari bahtera rumah tangga bersama Aidil Aziz tidak lama lagi, Fasha Sandha mengakui sebak menantikan hari bahagianya kerana perkahwinannya kali ini mendapat restu kedua belah keluarga.

Ujarnya lagi, perkahwinan keduanya ini berbeza dengan sebelum ini dimana kali ini ada majlis bertunang dan malam berinai seperti yang diimpikan oleh setiap wanita.

BACA: Sekitar Majlis Malam Berinai Fasha Sandha, Aidil Aziz

“Dugaan sebelum hari pernikahan pasti ada. Kalau tiada, tidak normal. Kali ini saya merasai erti perkahwinan yang sebenar. Mungkin kali ini apabila mendapat restu daripada kedua-dua pihak, rasanya lain. Lebih disayangi.

“Kali ini ada majlis bertunang, malam berinai dan segalanya dirancang dengan baik. Untuk saya, perkara-perkara seperti ini patut ada dalam kehidupan setiap wanita,” katanya kepada Kosmo!

Ditanya mengenai tarikh majlis pernikahannya, Fasha masih enggan berkongsikan lebih lanjut tentang perkara tersebut. Namun jelasnya lagi. mengikut perancangan ia akan diadakan hujung bulan ini.

“Ikut perancangan hujung bulan ini (Mac). Bagaimanapun, kalau sudah benar akan jadi, baru saya akan kongsi kerana kita tidak tahu apa akan jadi tetapi perancangan memang hujung bulan ini.

“Persiapan pun banyak belum siap. Belum lagi 80 peratus kerana saya suka buat semuanya sendiri. Kalau orang lain buat, takut rasa tertinggal,” katanya.

Difahamkan, mereka bakal bernikah di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan. Semoga majlis yang bakal berlangsung berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.