fbpx

“Kali Ini Saya Nekad Untuk Bercerai” 

Pelakon Bella Astillah mengejutkan ramai apabila hadir bagi sebutan kes perceraian dengan suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Memetik Harian Metro, Bella berkata dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah pada Isnin lalu dan nekad untuk berpisah selepas sudah beberapa membeli peluang kepada suaminya.

BACA: Bella Astillah Jual Kuih Raya Sepanjang Ramadan

“Kali ini saya nekad untuk bercerai. Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya.

Sabtu lalu hangat diperkatakan apabila suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama Ruhainies di kondominium mewah milik aktres itu di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun rujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.

SUMBER: Harian Metro