Bella Astillah Jual Kuih Raya Sepanjang Ramadan

Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai anak seni, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memaklumkan dia menjalankan bisnes menjual kuih raya sepanjang bulan Ramadan ini.

Memetik Kosmo, Bella berkata dia sememangnya suka membuat kuih raya dan dua jenis kuih yang dijualnya itu adalah hasil turun temurun keluarganya.

BACA: Bella Astillah Tarik Diri Berlakon Bersama Ruhainies

“Saya memang suka buat kuih raya sejak kecil jadi tahun ini saya akan bisnes kuih raya. Saya buat semuanya dari air tangan sendiri tetapi mungkin bukan dalam kuantiti yang banyak.

“Antara jenis kuih yang saya buat ialah ada red velvet cookies dan batang buruk resipi sendiri yang sangat popular di Sabah dan berbeza seperti batang buruk di sini (Semenanjung),” katanya.

Sementara itu, Bella berkata kerjayanya sebagai anak seni tetap berjalan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan ini namun dalam masa sama mahu meluangkan masa bersama anak-anak.

“Kerja memang ada tetapi saya pun nak luangkan masa dengan anak. Persiapan raya lagi dan paling takut kalau dilakukan ‘last minute’. Kelam kabut, boleh pening dan demam dibuatnya,” katanya.

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominum mewah di ibu negara.

SOURCES: Kosmo