“Awak Dah 45 tahun, Dah Tunai Haji, Patutnya Lebih Matang” – Zarina Anjoulie
Pelakon Zarina Anjoulie meminta bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey supaya berhenti menggunakan dirinya sebagai konten di media sosial.
Memetik Harian Metro, menerusi sesi siaran langsung Zarina berkata itu adalah kali terakhir dia menyebut nama bekas tunangnya serta mahu Khazrul meminta maaf kepada kedua ibu bapanya.
BACA: Netizen Jumpa Video Lama, Bekas Tunang Zarina Anjoulie Didakwa Kahwin 5 Kali
“Satu mesej dan panggilan telefon tidak akan menyelesaikan kemelut ini. Kalau mahu perbetulkan keadaan, jadi lelaki sebenar dan datang ke rumah minta maaf kepada ibu bapa saya.
“Saya mengenangkan emak ayah awak sudah tua, jadi saya memilih tidak mahu membuka aib dengan bercerita apa yang sebenarnya berlaku. Saya juga tidak mahu kembali dengan sikap lama dulu. Malah, mungkin ramai yang boleh menjangka apa yang saya boleh lakukan kepada dia.
“Tolong berhenti menggunakan saya sebagai ‘content’ dan jangan sebut nama saya lagi. Ini juga kali terakhir saya menyebut nama awak dan jika ada yang bertanya mungkin saya akan katakan tidak mengenali awak.
“Saya tidak akan memaafkan awak dengan mudah selepas apa yang awak lakukan. Jadilah lelaki sejati dan berdepan dengan ibu bapa saya. Sekarang awak sudah memalukan ibu bapa saya dengan memperlakukan saya sebegini,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata bekas tunangnya sepatutnya bersikap lebih matang apatah lagi sudah berusia 45 tahun serta meminta supaya berfikir panjang sebelum membuat sesuatu.
“Awak sudah berusia 45 tahun dan sudah menunaikan Haji, jadi seharusnya cara pemikiran lebih matang. Bagaimana saya yang lebih muda mengendalikan situasi ini dengan lebih baik?
“Malah, ‘content’ yang dimuat naik juga memberi tempias kepada beberapa bekas isteri awak daripada perkahwinan terdahulu. Apabila tidak berfikir panjang, habis semua dikorek oleh netizen.
“Orang yang tidak bersalah juga terkena tempias. Tolonglah berfikir panjang sebelum membuat sebarang tindakan,” katanya.
Anju ni tak pernah tak ada masalah ke kalau break ngan lelaki. Rasanya 2 suami satu tunang sama je. Break je gadoh, viral. Hello anju..prob its time to look at yourself. Takkan all the men that your with has issues u je betul. Macam repetitive je. Anyway, netizen dah muak la..u boleh viral benda elok tak? Also tak kesian kat anak u ke? Berapa banyak daddy u nak dia kenal dalam hidup?
Ye ke umur 45???????????????
Sokong
Kalau dah taik takkan wangi baunya
Haa 45 thun? Lol, aku igtkan da 60 thun.
Its time for you anju to self reflect lah. If you’re not ready, then stop committed to it. Istiqomah ni penting jugak anju. no need to react on this. better lah you keep your love-life as secretively as you can. people want to judge you sebab you yg bukak semua. better you sitdown and enjoy your life tak perlu lah post sana sini dengan jantan mana you nak. Hidup lebih tenang.
Erkkk ingatkan umo dah 65tahun. Sukar dipercayai la45thn??
Ala.. Cinta nk ala2 bdk sekolah… Menyampah tul
Kli ni yg laki tu ambik kesemptn..anju cuba tuk berubah..kite ptutnye bgi kate2 smgt..bukn kecam..klau dia yg dulu .teruk dh dato tu kn..
Sy mulanya optimis Anju kali ini mendapat lelaki terbaik yg boleh bawa Anju sama ke syurga. Malangnya hampa. Lelaki yg Anju kenal ini rupanya raja penghisap madu semata. Sabar Anju, Allah itu maha penyayang. Dia sdg melihat Anju kini semakin matang & bijak mengemudi hidup. Inshallah suatu ketika Allah temukan kamu seorang lelaki yg benar2 boleh memimpin kamu berjalan ke SYURGA.
Somehow, i feel this fella is just someone yg akan membuat Anju bertemu dgn yg lebih baik, lebih ikhlas…dia didatangkan sekejap saje utk Anju buka mata.
As a wake up call….kadang2 Allah hadirkan org macam ni utk menguatkan kita, memperbaiki kita dan jika kita redha, inshaAllah yg lebih baik dan terbaik akan dihadirkan….mengadu pada Allah….as for this Fella….looking at his previous relationships,…mcm dia yg somethg wrong…ego terlebih..if he is good, he wont touchy2…akan jaga batas dan tunggu hari yg sah
Cermin jugalah diri sendiri ye anju..umur awak tu dah sepatutnya matang dan boleh jaga maruah..berpakaian elok sikit dan kurangkanlah bergesel menggedik dgn jantan.. Sbb tu boya senang nak ngap awak! Jaga harga diri ye spy dpt lelaki yg baik2
Dua2 d tua beruban pun..tp perangai memasing mcm budak2 tadika yg br nk belajar alif ba ta..bt malu jek..memasing pun semua dh pnh kawin..mcm ni hidup umat islam akhir zaman yg hrp sokongan n pujian dan ikutan netizen ke..tlg lh jgn sokong perkara yg mungkar weyy..takut nnti kn mcm kt turki tu..