“Kalau Ulama, Ahli Soleh Tegur Silap Kita Jangan Melenting”
Sebut sahaja nama Pencetus Ummah (PU) Amin, pasti ramai tahu pendakwah itu sememangnya cukup lantang dalam menyampaikan dakwah Islam lebih-lebih lagi isu melibatkan golongan pondan dan LGBT.
Menerusi perkongsian Instagram, PU Amin menasihati orang ramai agar sentiasa mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan guru yang boleh memberi bimbingan dalam hidu. Ujarnya, zaman sekarang ramai yang seolah-olah mula menjauhkan diri dari golongan ilmuwan.
BACA: PU Amin Sumbang RM20,000 Pada Guru Agama Hilang Pendapatan
“Dalam hidup ni carilah guru. Cari ulama yang boleh bimbing kita. Akhir zaman ni orang ramai jauh daripada guru dan ahli soleh. Mata kita terhijab dari mengenal ahli soleh dan ulama.
“Dekatkan diri dengan mereka, kita akan dapat banyak ilmu kerana kita akan dapat keberkatan daripada mereka. Biasakan cari guru, jangan guru datang jumpa kita,” katanya.
PU Amin berkata di akhir zaman ini ramai para ulama dimatikan oleh Allah dan itu adalah tanda banyak ilmu sudah hilang dari dunia. PU Amin turut berpesan setiap apa yang ditegur oleh golongan ulama hendaklah diambil sebagai satu pengajaran.
“Akhir zaman ni para ulama akan ramai dimatikan Allah, maka itu tanda ilmu hilang dari dunia ini. Segeralah cari ulama. Kalau ulama, ahli soleh tegur silap kita jangan melenting, dengarlah, muhasabah,” katanya.
Dalam entri tersebut, PU Amin turut berkongsi fotonya berpeluang bertemu dengan pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus ketika hayatnya. Allahyarham sempat memberikan pesanan padanya agar menjaga anak baik-baik kerana dunia akhir zaman ini banyak bahayanya.
“Kenangan bersama Al Marhum Tuan Guru Datuk Ustaz Ismail Kamus. Ustaz senyum dan terus bagi nasihat. Ustaz kata jaga anak baik baik. Akhir zaman banyak bahaya. Ustaz kata lagi, hiburan yang ada hari ni sangat menakutkan, jaga jaga kata ustaz,” tulisnya.
Ko sendiri pun cuma ustaz celup selebriti yang sentiasa laparkan perhatian dan dilahirkan dari rancangan tv syarikat kapitalis, cuma mampu bising isu2 artis, skirt orang, tik tok, pondan, supaya sentiasa in trend dan ada orang panggil untuk terus buat duit.
Apa-apa pun mamat ni tolong lah jauh kan diri anda sebab jauh meyimpang kalau berguru dgn dia. Silap haribulan sesat. Kebanyakan kaum penjual agama ni semua tak boleh pakai, yg terbaik baca quran sebab semua ajaran tu ada dan senang je, surah taha ayat 2: “Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan”. Tak yah taksub dgn penunggang agama lagi
Pencetus x boleh ada unsur bias. Dlm Mlysia ni bkn LGBT jer rasuah, korupsi, rempit, buang anak, bini terinaya xkn selesai disebabkan Pencetus mcm ko yg lebih nk cari isu2 demi followers IG
Hello gi tegur PAS psl isu pemandu mabok dan arak tu kalu berani lah!
Bila parlimen nk bsidang. Main golf boleh..Shukur sgt PAS sudah insaf dan meninggalkan fahaman ekstrim melampau yang merupakan identiti mereka selama ini.
Yang lebih menarik adalah, ia berlaku ketika Hadi Awang adalah presiden, sedangkan hadi lah pemain utama agenda ektrimis dan melampau dalam gerombolan PAS.
Namun jangan lupa berterima kasih pada BN, kerana parti hebat itulah yang telah berjaya menjinakkan hadi awang dan kuncunya untuk membenarkan arak dan judi beroperasi spt biasa wow
Manusia ni klu hati dah hitam susah nk di tegur.bnyk bunyi pulak tu.ada aje yg x kene.
Manusia ni klu hati dah hitam susah nk di tegur.bnyk bunyi pulak tu.ada aje yg x kene.
Tegur..tegur semua lag. Jgn pilih bulu. Org nyampah sama golongan pencetus ni sbb bila geng ko buat salah ko senyap plak x berkutik.
Cerai bini waktu preggy masing2 mcm siput masuk cengkerang. Cuba lah bersikap adil yg ko nmok celah kangkang pondan. Habis yg buang anak tepi jalan ko, seks sebelum kawin, masaalah2 lain xpulak ko sibukkan?
Dia ni pakar pengkaji telor bapok. Suker tackle isu2 bapok. Aku harap keterunan kau besok ada nyah, gayboi dan pengkid. Aamiinnnn.
X sukaaaa bye!