fbpx

PU Amin Sumbang RM20,000 Pada Guru Agama Hilang Pendapatan

Tidak dinafikan ramai yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak boleh keluar bekerja seperti biasa untuk mencari pendapatan bagi menampung pendapatan harian.

Simpati dengan nasib guru agama yang hilang sumber pendapatan susulan PKP, Pencetus Ummah (PU) Amin terpanggil untuk membantu bagi meringankan beban mereka. PU Amin berkata ada di antara mereka yang berdepan kesempitan hidup sehinggakan tidak cukup duit untuk makan.

BACA: “Jangan BerTikTok, Waktu Bencana Bukan Waktu Berseronok”

“Tak sanggup nak baca kisah mereka. Susah hidup sebagai guru agama, ada nak makan tak cukup duit, pampers anak tak boleh beli, gaji, elaun tak ada. Mereka ikhlas buat kerja agama dan saya harap dengan bantuan ini dapatlah saya berkongsi berkat ilmu mereka semua.

“Saya berkongsi sedikit rezeki ini tanda terima kasih atas usaha mereka menjalankan kerja dakwah dengan ikhlas dan semoga ada sedikit senyuman buat mereka,” katanya kepada mStar Online.

Memperuntukkan bantuan sebanyak RM20,000, PU Amin berkata dia sedang mencari lebih ramai lagi guru agama yang memerlukan bantuan terutama di kawasan pinggir bandar dan kampung-kampung.

“Saya bajet tak banyak dalam RM20,000 dan kita sudah serahkan kepada hampir 40 penerima.

“Besar harapan dapat beri lagi bantuan wang tunai ini kepada mereka terutamanya guru-guru agama dan ustazah yang menghabiskan masa berdakwah dengan mengambil sedikit upay untuk menyara hidup mereka sebelum ini,” katanya.

Menerusi Instagram, PU Amin turut berkongsikan foto dimana dia memberikan bantuan kepada beberapa keluarga yang terjejas dan terputus bekalan makanan.