fbpx

“Kalau Tak Nak Baby Atau Termengandung, Cari Abby Abadi”

Terkesan dengan berita mengenai kes penemuan seorang bayi yang ditinggalkan di dalam sebuah kotak di Surau Al-Ittifaq Taman Keramat Permai, pelakon Abby Abadi merayu kepada wanita diluar sana yang terfikir untuk membuang bayi mereka akibat terlanjur boleh terus menghubunginya.

Menerusi Instagram, Abby berkata dia bersedia untuk memberikan kehidupan yang baik kepada bayi tersebut dan membantu mencari keluarga angkat atau pasangan yang sudi menjaga mereka.

BACA: Abby Abadi Kongsi Rahsia Berbaik Dengan Norman & Memey

“Kenapa tak cari saya? Cari saya kalau taknak baby. Saya usaha beri kehidupan yang terbaik untuk bayi ni dengan mencarikan ibu bapa yang sudi nak menjaga dia, kenapa buang macam ni?

“Please, kalau tak nak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi, saya akan usahakan duit belanja untuk perbaiki keadaan juga,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah di atas tindakan ibu tersebut yang sanggup membuang anaknya sendiri sedangkan ramai wanita diluar sana yang sudah bertahun-tahun kahwin masih lagi menantikan cahaya mata.

Pada Jun lalu, Abby dan suami Muhammad Faizal mengambil seorang anak angkat lelaki, Muhammad Daiyan Fayyadh. Berapa bulan kemudian, pasangan itu mengambil seorang lagi anak angkat perempuan, Maisara Dayana Fathia.