Penyanyi Naqiu berkata dia mengakui akan bersungguh-sungguh setiap kali membuat persembahan tidak dikira dalam apa acara termasuk ketika bertanding.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Kosmo, Naqiu berkata baginya dia perlu memberikan yang terbaik setiap kali menyanyi serta memberikan persembahan yang berbaloi buat penonton.
BACA: “Semua Orang Yang Kurus Ambil Barang Ke Macam Mana?” – Naqiu
“Pada saya, ‘beria-ia’ itu adalah diri sendiri dan bukan sahaja pentas GV, jika suruh menyanyi di stesen minyak sekali pun, saya akan lakukan perkara sama.
“Sebab peminat sudah habiskan duit untuk bayar setiap produk yang saya keluarkan. Penganjur juga sudah membayar saya, jadi saya perlu berikan yang terbaik.,” katanya.
Dalam pada itu, Naqiu berkata dia menerima pandangan juri dengan hati terbuka serta mengakui kesilapannya dalam menginterpretasi makna lagu yang disampaikan minggu kedua ini.
“Saya paling takut jika ‘dibantai’ teruk dengan komen juri disebabkan persembahan kurang memuaskan namun saya akui salah membuat interpretasi lagu tersebut.
“Memang terbeban sebenarnya bila Tok Ram letakkan penanda aras yang tinggi terhadap saya. Apapun, saya okey dengan komen tersebut sebab semua yang nak disampaikan berjaya dilakukan,” katanya.
Semalam, Naqiu membawakan lagu Setahun Sudah Berlalu dendangan asal kumpulan Alleycats dan menduduki tangga ke lapan. Minggu lalu, Naqiu berada di kedudukan pertama.