fbpx

“Semua Orang Yang Kurus Ambil Barang Ke Macam Mana?” – Naqiu

Penyanyi Naqiu menafikan dirinya mengambil bahan terlarang susulan tuduhan dilemparkan kerana dia memiliki saiz fizikal yang kecil.

Memetik Harian Metro, Naqiu berkata dia sudah berhadapan dengan tuduhan sebegitu sejak sekian lama dan sudah berpuluh tahun.

BACA: Naqiu Derma Separuh Wang Kemenangan GV Pada Anak Yati

“Sebenarnya saya dah hadap perkara macam ni dan berpuluh tahun. Kepada orang yang bercakap begini, topik sampah ini, semak balik pernah ke tak fizikal saya naik atau badan saya mengembang lebih daripada saiz sekarang sebelum ini?

“Sebab ada bukti, saya dah ada dalam industri muzik dariumur 15 tahun. Saya menyepi dari 2008 dan bila saya kembali saya tetap macam ini juga,” katanya.

Menurut Naqiu, sudah banyak kali dia membuat ujian air kencing setiap kali melalui roadblock sepanjang hidupnya. Penyanyi itu turut mempersoalkan pandangan seorang orang ramai terhadap individu yang mempunyai fizikal yang kurus.

“Semua orang yang kurus ambil barang ke macam mana? Saya tak faham, sepanjang kehidupan saya banyak kali bila ‘road block’, berapa kali dah saya kena buat ujian air kencing tetapi mereka hanya jalankan tugas, tak apa. Yang anda ni kenapa pulak? Orang kurus je hisap dadah, bila orang berbadan besar anda kutuk pula, anda nak apa sebenarnya?” katanya.

Dalam pada itu, Naqiu turut mencabar individu yang membuat tuduhan berkenaan berdepan dengannya dan membawanya untuk membuat ujian air kencing.

“Saya cabar orang yang cakap tu, kau datang jumpa aku, kau ‘urine’ (ujian air kencing) aku. Kalau tak ‘sangkut’, kau siap,” katanya.

Naqiu juga turut mendoakan tuduhan tersebut tidak berpatah balik kepada individu yang menuduhnya ataupun pada keluarga mereka.

“Saya mendoakan apa benda yang awak cakap kepada saya tak terkena kepada awak balik ataupun keturunan awak. Sebab apa, saya ada keluarga, saya boleh membayangkan perkara ini ditanya terus kepada keluarga saya, apa perasaan mereka bila orang cakap macam ni?

“Terima kasih banyak, cabaran tu masih terbuka. Anda boleh datang jumpa saya, urine saya, tapi kalau tak sangkut, anda hadaplah akibatnya,” katanya.