fbpx

“Kalau Suami Nak Kahwin Lain Sebab Anak, Saya Reda”

Pelakon Siti Elizad mendedahkan ada pengikutnya menghantar mesej di Instagram yang sanggup bermadu dengannya dengan alasan pelakon itu belum dikurniakan cahaya mata selepas 10 tahun berkahwin.

Memetik Kosmo, Elizad berkata dia tidak mengambil serius dengan tawaran berkenaan namun mengakui ada meminta suaminya, Shamsul Baharin berterus terang jika mahu berkahwin lagi disebabkan anak.

BACA: Dua Kali Gagal IVF, Siti Elizad Reda Soal Zuriat

“Ada wanita yang mesej saya dalam Instagram (DM) untuk tawarkan diri jadi nombor dua (isteri kedua), termasuk ibu tunggal yang sudah ada anak tiga.

“Ada yang sanggup untuk jadi isteri kedua. Macam-macam. Tapi saya tidaklah ambil perkara itu serius sangat. Tapi saya ada tanya sendiri pada suami, kalau sebab anak dia nak kahwin lagi, beritahu. Saya tak nak gaduh-gaduh.

“Kalau betul dia nak pergi dekat orang lain (berkahwin lagi) sebab anak, saya reda. Sebab saya tahu saya ada kekurangan. Sedangkan suami sudah ada dua cahaya mata (hasil perkahwinan terdahulu),” katanya.

Menurut Elizad lagi dia kini reda selepas melakukan pelbagai ikhtiar, termasuk menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali namun belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Bagaimanapun, Elizad mengakui keinginan untuk menimang cahaya mata itu akan datang semula apabila melihat kawan-kawan lain berkongsi berita kehamilan di media sosial

“Sebagai orang perempuan, kadang-kadang perasaan itu tak menentu. Kalau hari ini saya kata okey, esok lain pula. Tapi kalau ikutkan saya sudah masuk ‘musim’ reda. Namun bila tengok kawan-kawan kongsi kehamilan mereka dalam media sosial, perasaan itu datang balik.

“Tapi sejujurnya, saya sudah reda dan enjoy. Maksudnya kalau kata ada (rezeki anak), adalah. Tapi kalau tiada, saya okey sahaja,” katanya.

SUMBER: Kosmo