Penyanyi Fuad Rahman memaklumkan dia akan menganggalkan subang yang dipakai pada kedua-dua telinganya apabila dia menunaikan solat.
Menjawab pertanyaan daripada netizen ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Fuad berkata dia hanya memakai subang ketika berada di rumah sahaja.
BACA: Fuad Rahman Teruja Tengok Baby Bump Tom
“Kalau solat saya tanggalkan la anting-anting (subang). Kalau buat persembahan pun saya akan buka. Dekat rumah sahaja saya pakai,” katanya.
Sementara itu, Fuad berkata dia sudah mengurangkan jumlah subang yang digayakannya jika dibandingkan dengan beberapa tahun lalu.
“Sekarang okay lagi, kalau dulu lagi penuh saya tindik subang, dekat tengah-tengah hidung ada, kawasan dagu pun ada,” katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi itu iaitu Tom berkata netizen mungkin terkejut kerana tidak pernah melihat suaminya memakai subang ketika menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini.
“Dia memang pakai anting-anting sebelum masuk GV (Gegar Vaganza) lagi, cumanya dalam pertandingan itu dia akan tanggalkan. Mungkin orang tak pernah tengok agaknya sebelum ini, sebab itu terkejut,” katanya.