fbpx

“Kalau Saya Popular Sebab Bercerai Tapi …”

Entah apa masalah sesetengah netizen sehingga sanggup mendakwa Bella Astillah meraih populariti seperti hari ini hanya kerana bercerai dengan bekas suami, Aliff Aziz. Bengang dengan tuduhan itu, Bella tampil mempertahankan diri.

BACA: Didakwa Mahu Kahwin, Bella Astillah Minta Peminat Bertenang

Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang individu yang menulis komen di Instagram Bella. Tidak terus berdiam diri, Bella menjelaskan jika benar sekalipun dakwaan tersebut, tanpa bakat beliau tidak akan mengecapi populariti ini.

“Hi. Akaun palsu ke ni? Ini semua rezeki Allah SWT. Kalau saya popular sebab cerai sekalipun, kalau tak ada bakat, tidak boleh juga. Semua ini juga rezeki anak saya. Semoga hati awak semakin bersih dan cakap pun yang baik-baik,” tulisnya.

Turut menyokong kenyataan Bella, kakaknya, Didie Astillah yang menulis, tiada siapa yang mendirikan rumah tangga mahukan penceraian. Namun jika itu yang terjadi, Didie berkata, kita haruslah menerima takdirnya. (rtky/w)