fbpx

Didakwa Mahu Kahwin, Bella Astillah Minta Peminat Bertenang

Gara-gara memuat naik gambar lengkap berbusana baju pengantin di Instagram sebentar tadi, ramai menganggap Bella Astillah telah menemui pengganti dan selamat melangsungkan majlis persandingan hari ini.

BACA: Bella Astillah Enggan Komen Dakwaan Rujuk Semula

“Foto itu sebenarnya sebahagian daripada babak drama Cinta Belum Tamat Tempoh arahan Jamal Khan yang saya jayakan. Jangan pula ada yang membuat spekulasi mengatakan saya sudah menemui pengganti”

“Bertenang, saya masih solo. Saya selesa sendiri dan mahu terlebih dahulu menikmati fasa ini kerana tiada tekanan,” jelasnya mengenai dakwaan berkahwin sekali lagi menerusi gambar di sosial media.

Menurut Bella, ramai mengucapkan tahniah kepadanya selain meluahkan rasa gembira kerana beliau sudah menemui pengganti baru. Difahamkan gambar berkenaan juga sudah dipadamkan bagi mengelakkan timbul salah faham.

Drama terbitan Metrowealth Production itu menggandingkan Bella dengan Nafiz Muaz, selain turut dibintangi Fendy Bakry. Terdahulu Bella pernah berkahwin dengan Aliff Aziz pada 2016 dan bercerai pada Mac lalu. (rtky/w)