fbpx

Baru-baru ini timbul spekulasi selebriti popular Neelofa didakwa sedang hamil anak kedua apabila netizen mengatakan seolah nampak baby bump.

Memetik Media Hiburan, Neelofa berkata dia lebih senang mengambil pendekatan berdiam diri serta  membiarkan perubahan fizikal pada dirinya untuk menjawab persoalan mengenai kehamilannya.

BACA: Pegang Perut Nampak Baby Bump, Netizen Sahkan Neelofa Hamil Anak Kedua?

“Perkara yang belum pasti, bagi saya tak perlu hebahkan lagi. Sama la macam perkahwinan dan kelahiran. Kita layan apa saja komen orang dan hargainya.

“Kalau saya hamil sekali pun, bila dah nampak perut besar tu, maksudnya Insya-Allah (hamil). Tapi ‘just go with the flow’ (hanya ikut arus). Kalau hamil anak kedua, ketiga atau seterusnya ini juga pendirian saya,” katanya.

Sementara itu, suami kepada Neelofa iaitu pendakwah bebas PU Riz meminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik.

“Doa yang baik-baik, kalau sesiapa yang pernah dengar jawapan sebelum ini, dia faham. Bukan nak menafikan atau mengesahkan. Sebab kita apa-apa pun, yang berlaku, kita minta yang terjadi itu yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, tular video Neelofa dikhabarkan hamil anak kedua apabila netizen mengatakan selebriti popular itu dilihat memegang perut yang semakin membesar ketika sambutan ulang tahun kelahiran anaknya, Muhammad Bilal.