Pegang Perut Nampak Baby Bump, Netizen Sahkan Neelofa Hamil Anak Kedua?
Baru-baru ini, selebriti terkenal Noor Neelofa telah menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini berusia setahun dalam satu majlis sederhana yang diadakan hari ini.
Menerusi video dikongsikan seorang pengguna di TikTok @indigovelvet4, kelihatan Neelofa bersama suaminya, pendakwah bebas, Muhammad Haris atau PU Riz dilihat memberi ucapan sebelum majlis bermula.
BACA: Ramai Salah Faham Kenyataan ‘Travel’, Neelofa Jelaskan Tak Tuju Kepada Sesiapa
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai apabila Neelofa dilihat mengucap perutnya serta seolah menampakkan baby bump sekaligus membuatkan ramai netizen teruja.
@indigovelvet4 Dah nak jadi abang bilal soon ?? #neelofa #neelofaharis
Malah, pemilik video tersebut turut menulis kapsyen mengatakan Bilal bakal jadi abang sekaligus turut menguatkan lagi dakwaan selebriti popular itu sedang berbadan dua.
“Selamat ulang tahun ke satu tahun Bilal, dah nak jadi abang dah Bilal nanti,” tulis kapsyen video.
Diruangan komen, meskipun tiada pengesahan daripada tuan badan mengenai perkara itu namun rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Neelofa.
- SUMBER
- TikTok
Sebab dia x boleh nak announce mcm org lain pastu pakai pulak ala2 langsir..so kna cari cara lain nk bg hint kt netizen
Neelofa mmg pregnant pun. Ada cl duk jaga dia skrg. Hehe. Saya bukan peminat lofa tp suka tgk bilal. Comel. Pasni ada adik mesti comel jugak
Hati Kau Hitam Roy
So lambat la lagi nk pindah tanah arab sana..