fbpx

“Kalau Saya Bukan Penyanyi, Ramai Je Ajak Couple”

Pernah dikaitkan dengan beberapa penyanyi wanita, namun Khai Bahar mengakui masih lagi solo dan tiada lagi kekasih hati. Meskipun sering diajukan soalan mengenai jodoh, Khai berkata dia tidak pernah rasa rimas.

Ujarnya lagi, apa yang membimbangkan ialah jika soal jodoh itu dibangkitkan oleh ibunya. Kata Khai lagi, dia masih belum bersedia dan jika dia mempunyai kekasih tidak mungkin dia boleh menguruskan teman wanitanya itu.

BACA: Khai Bahar, Siti Nordiana Dominasi Top Top MeleTOP 2019

“Saya paling takut kalau mak tanya, mesti pelik bila dia mula bertanya. Sejujurnya saya belum bersedia lagi dan terlalu sibuk dengan kerja.

“Kalau ada awek pun mungkin tak boleh urus awek saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Mengakui ramai peminat meluahkan mahu menjadi kekasihnya di media sosial, namun Khai berkata itu perkara biasa dan lumrah setiap manusia yang memerlukan teman.

“Kalau saya bukan penyanyi pun ada je orang mintak couple. Saya rasa itu perkara normal bila seseorang itu perlukan teman,” katanya.

Apa pun semoga Khai Bahar bertemu jodoh dengan wanita idamannya suatu hari nanti. Pasti ramai peminat tak sabar nak tengok siapakah gerangan gadis yang berjaya mencuri hati Khai.