“Kalau Saya Ada Di Rumah, Saya Tak Mahu Isteri Penat Memasak”

Pelakon Faizal Hussein berpendapat kerja rumah bukan saja tanggungjawab wanita malah para suami turut memainkan peranan.

Memetik mStar Online, Faizal berkata jika seseorang lelaki itu ambil berat akan keluarga dia merasakan kerja rumah itu adalah sebahagian tanggungjawab.

BACA: “Nak Jadi Menantu Walid Boleh?” – Ramai Nak Jadi Menantu Faizal Hussein

“Tapi bagi lelaki penyayang dan mengambil berat tentang keluarga, kita akan rasa semua perkara itu sebahagian daripada tanggungjawab. 

“Kalau dulu tilam nipis dan ringan, sekarang tilam spring tebal, memang berat untuk diangkat. Sejak mula kahwin hingga hari ini saya anggap rumah sendiri seperti ‘room service’. Saya uruskan tempat tidur, tukar cadar dan pastikan semuanya selamat,” katanya.

Sementara itu, Faizal berkata dia turut menerapkan perkara itu kepada anak-anak agar lebih bertanggunjgawab terhadap keluarga kerana mereka akan melihat dan ikut.

“Kalau saya buat, mereka akan nampak dan ikut. Bagi saya, kita kena mulakan dulu sebelum mengharapkan anak melakukan perkara sama.

“Kalau betul-betul sayang keluarga, kita akan buat perkara sebegini tanpa anggap sebagai beban. Kerja rumah bukan ukuran lelaki atau perempuan. Kalau boleh membantu, bantulah,” katanya.

Dalam pada itu, Faizal berkata dia turut mengurangkan beban isteri dalam penyediaan makanan lebih-lebih lagi jika dia ada di rumah.

“Kalau saya ada di rumah, saya tak mahu isteri penat memasak. Kalau boleh beli lauk atau anak saya akan pesan makanan. Saya dah ajar dia, kalau ayah tiada di rumah sebab penggambaran jangan biarkan ibu dan kakak lapar,” katanya.

Sumber: mStar Online

×