fbpx

“Kalau Pukul 1 Pagi Lelaki Ajak Balik Rumah, Janganlah Percaya”

Perkongsian terbaru pelakon Zarina Anjoulie Lavocah menjadi perhatian netizen apabila menempelak sikap sesetengah wanita yang terlalu mengharapkan kekayaan seorang lelaki hingga sanggup menggadai maruah.

Memahami ada sesetengah wanita impikan lelaki kaya, namun Zarina mengingatkan ada sesetengah mereka hanya mahu mengambil kesempatan semata-mata. Kata Zarina lagi, janganlah mudah percaya kerana akhirnya mungkin akan ditinggalkan.

BACA: Zarina Anjoulie Keguguran, Mahu Hamil Lagi Lepas Buang ‘Filler’ Di Payudara

“Ramai wanita anggap bila dah suka seorang lelaki kaya tu terus nak ‘lock’ lepas tu hilang lah maruah. Banyak perempuan buat kesilapan tu.

“Tapi hakikatnya tak, lelaki tu ‘lock’ kau satu malam je, esok dia cari perempuan lain. Kalau dia betul-betul sayang kau, dia akan kahwin dengan kau dulu,” katanya.

Menurut Zarina lagi, ada sesetengah lelaki ‘menjerat’ wanita dengan menggunakan kereta mewah. Jelasnya lagi, kebanyakan wanita mengikut lelaki balik ke rumah hanya kerana memiliki kereta mewah.

“Mereka tahu, kalau guna kereta mewah macam BMW, Mercedes, semua wanita akan terpikat. Jadi jangan terpedaya, jangan tertipu. Sentiasalah ingat jika mereka benar-benar sayang kamu, dia takkan sentuh kamu sebelum kahwin.

“Ni kalau pukul 1 pagi nak bawa balik rumah, semua tu merapu. Sebab apa korang ikut sebab lelaki tu kereta mewah?

“Saya faham semua kalau boleh nak lelaki kaya dan saya tak judge yang itu. Cuma janganlah terlalu percaya. Tapi tak semua lelaki macam tu, ada segelintir., jadi buat la homework,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina percaya bahawa tidak semua perkara dapat dicapai dengan duit. Ujarnya, jika pasangan atau suami dikalangan orang biasa, boleh sahaja bina kekayaan bersama-sama daripada sibuk mencari lelaki kaya.

“Kalau lelaki korang biasa-biasa tak apa. Sama-sama bina kekayaan itu, kaya bersama. Lagi satu buat apa sibuk cari lelaki kaya, kau sendiri boleh jadi kaya. Ramai muda-muda dah kaya, berniaga, kerja keras. Jadi percaya dengan diri sendiri dan jangan harap sangat lelaki kaya,”katanya.