Sedang bahagia melayari bahtera bergelar isteri, baru-baru ini Emma Maembong berkongsikan video memaparkan dirinya baru selesai menunaikan solat jemaah bersama suami, Muhammad Shazli dan bapa mentuanya.

Menerusi perkongsian itu, Emma meluahkan rasa hairan dengan sikap netizen yang suka mempertikaikan serta mengecam tindakan sesetengah pihak yang berkongsi hal agama di media sosial. Malah, sesiapa yang berbuat demikian pasti akan dikatakan menunjuk-nunjuk.


BACA: “Dia Lelaki Yang Amat Pentingkan Keluarga, Agama & Matang”

Emma turut mempersoalkan mengapa hal mengenai agama perlu disimpan dan tidak boleh diwar-warkan sedangkan perkara itu sekaligus dapat menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.

View this post on Instagram

#PleaseStayAtHome ,sementara tggu isyak with my husband @shazli.a n ayah mentua ? pelik zaman sekarang. kalau post tiktok xpe jadi trand ramai2 akan ikut. bila post bab agama mesti ada comment “nk tunjuk la tu” “nk perli2” bagi emma kalau benda baik kita buat boleh gerak kan hati org lain buat sekali apa salah nya? kenapa bab agama je kene simpan diam2 xblh war2 kan? so pls jgn negative sgt.ada org post sedekah pon kene kecam. dgn tgok org post sedekah buat kita tergerak hati nk sedekah sekali or teringat kan kita untuk sedekah kan bgus. jgn bila org post agama je nk kecam. lama2 semua org takot nk post. last2 pasal agama semua dah senyap di ig. hanya tinggal challenge2 yg merepek untuk di viral or menari2 tiktok ? pls always positive #EmaNizers #EmmaMaembong @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

“Pelik zaman sekarang, kalau post TikTok tak apa, jadi trend, ramai-ramai akan ikut. Bila post bab agama mesti ada komen ‘nak tunjuk lah tu”, nak perli-perli.


“Bagi Emma kalau benda baik kita buat boleh gerakkan hati orang lain buat sekali, apa salahnya? Kenapa bab agama je kena simpan diam-diam tak boleh war-warkan?

“Jadi tolong jangan negatif sangat. Ada orang post sedekah pun kena kecam. Dengan tengok orang post sedekah buat kita tergerak hati nak sedekah sekali atau teringatkan kita untuk sedekah kan bagus,” luahnya.

Perkongsian Emma itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan. Kata netizen elok juga jika para artis berkongsikan tentang amal ibadah dan solat sekaligus dapat mengingatkan peminat mereka terutama waktu solat.

Mungkin kerana mereka ini selebriti pasti ada saja serba tak kena di mata netizen. Rasanya kalau orang biasa yang kongsikan mengenai agama pasti akan dipuji. Apa pun tiada salahnya, jika para selebriti berkongsikan mengenai hal agama dan diharap ianya akan menjadi ikutan.