“Dia Lelaki Yang Amat Pentingkan Keluarga, Agama & Matang”
Selamat diijabkabulkan pagi tadi, dengan sekali lafaz Emma Maembong sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail meluahkan rasa syukur segala perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar. Ujarnya, dia dan suami memilih hari ini untuk mengabdikan perkahwinan mereka memandangkan tarikhnya yang cantik.
BACA: Emma Maembong Nikah Khamis Ini?
“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah hari ini sangat cantik, jadi mengapa tidak kami abadikan sebagai detik bahagia saya dan suami.
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, Insya-Allah,” katanya kepada BH Online.
Berkongsi cerita perkenalan mereka, Emma berkata mereka bersua kali pertama pada 2017 ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon, Uqasha Senrose.
Namun, ketika itu, mereka hanya berborak kosong dan tidak pernah menjangka akan berlaku apa-apa. Kemudian mereka tidak lagi berhubung sehinggalah Julai tahun lalu mereka saling bertukar nombor telefon.
“Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu.
“Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja.
“Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon. Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Emma berkata kesungguhan dan keberanian Muhammad Shazli memikat hatinya. Emma menyifatkan suaminya itu seorang yang mementingkan keluar, agama serta bersikap matang.
“Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.
“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah,” katanya.
Difahamkan, pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Putrajaya sehari selepas majlis berinai pada 6 Mac depan.
- SUMBER
- BH Online
Klu dia pentingkan ugma,ko kne pki tdung blik la.kne ikut beb..suami tu.
kalau dia mementingkan agama, skrg dia berhak keatas dirimu termasuk pakai tudung..huhuhuhuhuhuhuhuhu
dulu tu kau bkn hak sesapakan..melainkan..
X handsome pun. Nampak kepammmmmm. Adiosssss
Alhamdulillah… Semoga bahagia hingga ke jannah
Semua suami masa nk kawin ada sikap tu sehingga dia nk cerai bini dia. Apa2 pun tahniah moga jodoh kekal ke akhir hayat..
Betullahkan kita ni dilahirkan dgn fitrah sukakan kebaikkan walau sorg pelacur, sorg penagih dadah atau lebih jahat perangai dari tu mrk mesti nak cari calon isteri atau suami org lebih baik dari dia. Xde manusia yg waras berangan nk kawin dgn pengedar dadah, ibu ayam atau yg lebih buruk perangai dari itukan?
Kenape gambar diorang tu aku tengok mcm tempek kepale pd badan orang lain? Hahaha. Kaler tengkuk dgn kaler muke lain bebenor. Sape edit nih?
Boleh la geng dengan si Kinah, surihati mr pilot
Bukak tudung terus kawin. Lelaki x kisah pun kan asalkan cantik bab istikamah boleh didik why bother?
Apa yg korang pakat2 merepek ni syaiton .. nmpk sgt korang x bahagia haha
Pilot? Agama? ramai saja yang islam tapi minum arak mencabar girlfriend islam minum sama, yang perempuan pun ikut saja sebab dia pilot konon kaya raya.
semoga betulalah laki emma ini pandai agama tahu membimbing emma dan keluarganya.
Sebok dgn tudung la melayu bodoh ni semua! Punya ramai org tak pakai tudung, emma ni saja yang kau desak apasal bangang? Adik beradik dia pun semua tak pakai tudung, kau sebok apa? Sakit hati tengok dia cantik? Takdir korang lah bukan darah campuran tapi jawa totok kulit sawo matang! Kahkahkahkahkahkah
pentingkan agama je tapi tak belajar hukum halal haram. kenal di majlis uqasha, pe’el suami tu pun mcm uqasha. si uqasha cium adik ipar lelaki, suami emma ni cium adik ipar perempuan. klu adik belum mumaiyiz @ belum aqil baligh, itu lain ceritalah.. pelik betul “pentingkan agama”nya tu