fbpx

“Kalau Pergi Spa, Facial Setiap Minggu Memangla Cantik”

Selamat melahirkan cahaya mata ketiga baru-baru ini, ramai yang memuji kecantikan Wawa Zainal meskipun baru saja selepas bersalin menerusi foto yang dimuat naik oleh Aeril Zafrel dimana Wawa sedang memangku bayi perempuannya.

Malah, ramai netizen terutamanya wanita yang mahu cantik seperti pelakon itu apabila bersalin kelak. Namun, tular satu perkongsian seorang netizen mengatakan pelakon itu pergi ke spa dan melakukan rawatan wajah setiap minggu jadi tidak hairanlah sentiasa cantik.

BACA: Wawa Zainal, Aeril Zafrel Selamat Timang Anak Ketiga

Tweet netizen tersebut mendapat perhatian Aeril yang membidas kenyataan individu itu. Malah, Aeril turut berkata tahun ini baru dua kali isterinya pergi ke spa dan bukan seperti yang didakwa netizen tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyifatkan individu tersebut sebenarnya cemburu dengan kecantikan pelakon tersebut. Malah, ramai yang mengatakan pelakon itu memiliki kecantikan semula jadi dan tidak perlukan lakukan semua itu untuk kelihatan cantik.

Tidak kurang juga ada yang memerli individu tersebut dengan mengatakan rajinnya selidik sampai tahu berapa kali pelakon itu pergi ke spa dan rawatan wajah. Ada yang mengatakan individu tersebut memuat naik status berkenaan semata-mata untuk meraih perhatian.