fbpx

“Kalau Pakai Juri Profesional, Adik Aku Menang”

Rasanya ramai menyangka kategori Artis Lawak MeleTOP di malam AME 2018, lebih layak dimenangi oleh Sharifah Sakinah menerusi beberapa dramanya yang mencuit hati. Pendapat itu turut disetujui oleh kakaknya, Sharifah Shahirah.

BACA: Sharifah Sakinah Mohon Maaf Kepada Peminat K-Pop

Melalui Instagram, Sheira meluahkan kata-kata semangat buat adik kesayangannya supaya terus berusaha membuat orang ketawa. Bagi Sheira adiknya mampu untuk memenangi anugerah jika dinilai oleh juri profesional.

Dalam perkongsian itu, Sheira memberitahu beliau tidak dapat membantu adiknya untuk memenangi anugerah kerana menggunakan sistem undi kerana beliau tidak begitu arif tentang dunia IT.

Pun begitu, Sheira berbangga kerana adiknya, Sakinah mempunyai kelainan dalam menyampai lawak dan berharap suatu hari nanti beliau dapat memenangi anugerah. Rata-rata peminat juga turut sama berasa terharu membaca kata-kata semangat Sheira buat adiknya itu.

Sejujurnya Sakinah memang antara pelawak yang sedang meniti nama dalam industri hiburan sekarang. Ramai sudah mulai terima dan memahami lawaknya yang bersahaja. Semoga Sakinah berjaya memenangi anugerah di masa depan! (rtky/w)