fbpx

Sharifah Sakinah Mohon Maaf Kepada Peminat K-Pop

Baru-baru ini kecoh di laman sosial tentang gurauan di antara Sharifah Sakinah dan juga Janna Nick. Bagi yang tidak tahu, Sharifah Sakinah sebelum ini bergurau mengenai rambut Janna di sebuah salun namun ia mengundang kemarahan peminat K-Pop yang membunuh diri, Jonghyun di atas kenyataan – ini yang mati tu kan?

BACA: Janna Nick, Sharifah Sakinah Dikritik Ketawakan Kematian Bintang K-pop

Sehubungan dengan perkara itu, Sharifah Sakinah melalui Insta Stories telah memohon maaf di atas kesalahannya itu selain menyatakan bahawa dia tidak berniat lansung untuk berbuat demikian.

“Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada Janna Nick kerana melibatkannya dalam perkara ini. Dia tidak ada kena mengena dalam hal ini”

“Kepada semua peminat Kpop saya minta maaf berhubung video yang telah menunjukkan rasa tidak hormat kepada idola anda. Saya tiada niat untuk memalukannya,” jelasnya.

Bagaimanapun sehingga kini masih ada peminat K-Pop yang meninggalkan komen tidak berpuas hati dan menghina Sharifah Sakinah. Betullah kata pepatah, peminat K-Pop jangan diusik. (rtky/s)