“Kalau Nak Tahu, Di Rumah Saya Yang Manja” – Aeril Zafrel
Baru-baru ini, pelakon Aeril Zafrel dilihat memuat naik paparan komen netizen terhadapnya yang dikatakan terlalu manjakan isterinya, Wawa Zainal.
Tampil mengulas mengenai kritikan itu, Aeril berkata apa yang dilakukannya itu sama seperti kebanyakan suami lakukan, namun disebabkan statusnya sebagai artis ianya jadi perhatian.
BACA: Aeril Zafrel Manjakan Isteri Dengan Ajar Mengaji Al-Quran
“Bagi saya, apa saya buat dengan isteri, kebanyakan orang di Malaysia buat perkara sama. Cuma kami artis, itu yang kadang-kadang nampak ia menonjol,” katanya.
Dalam pada itu, Aeril berkata apa yang ditunjukkan di media sosial adalah perkara biasa tentang kehidupan sekeluarga dan bukan sesuatu yang keterlaluan.
“Apabila ada yang tegur dan cakap jangan manjakan isteri, sudah tentu sebagai manusia yang ada hati dan perasaan akan berasa geram. Tapi bagi saya, apa ditonjolkan tak keterlaluan. Bukan terlalu tunjuk gaya hidup.
“Perkara itu macam biasalah, suami dengan isteri, main dengan anak, beli kek untuk isteri dan banyak lagi. Saya anggap IG ini macam album.
“Jadi, soal manjakan isteri, bagi saya ia biasa. Tapi kalau nak tahu, jika di rumah saya yang manja sebenarnya,” katanya.
Kata Aeril lagi dia tidak boleh mengawal atau menghalang mana-mana pihak untuk berprasangka buruk terhadap dirinya dan keluarga kerana tidak semua orang sukakan kita.
“Kalau ada orang bersangka buruk macam itu, saya tak boleh nak cakap apa. Kita baik macam mana sekali pun, tetap ada yang tak suka pada kita. Jadi, kita buat sajalah,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Laki Bini huduh kementot sekor kering pendek sekor gemok kontot perasan lebih kwk 2 ekor ni Jaga anak2 terencat ko udah ler
Kalau nak tau.. saya xnak tau lah!!
Nak muntah … Acah acah bahagia
Maaf nak tanya…bukan menghina ye…anak dia yg sorang tu mmg terencat ke? Tengok mukanya lain macam je…
Eh muak la . Apa kejadah la dok crita manja2 bagai ni. Serius tin kosong
X abis lg ke tajuk manja ni?
Letih dah
Tu org2 tua kata, jgn semua nk tunjuk kat org luar…
Ada benda boleh share.. ada benda baik simpan dlm kain je